Search This Blog

Sunday, January 3, 2010



ketika dalam perjalanan pulang daripada menghantar kakakku kembali ke kolejnya, aku menyelak-nyelak akhbar yang dibeli abah. "SAYA LELAKI SEJATI"... tajuk yang menjadi hiasan muka hadapan METRO bertarikh 1 Januari 2009. Zakuan Adha menjdai mangsanya. sudah pasti tahun baru ini tidaklah begitu menceriakan pemain bola kebangsaan berusia 22 tahun itu. bagi aku, tohmahan itu benar-benar boleh menjatuhkan imej Zakuan Adha sendiri sebagai pemain bola tersohor di Malaysia. kariernya yang baru sahaja bermula boleh HANCUR MUSNAH  akibat fitnah yang bagaikan ribut petir itu. itulah fitrah manusia, tidak boleh melihat orang lain senang. ada sahaja cara yang digunakan untuk menjatuhkan seseorang. tidak dapat dinafikan lagi, sekali sahaja kita melangkah masuk ke dunia populariti, kita akan menjadi tumpuan mengalahkan Perdana Menteri. :-) ditambah pula dengan kisah cintanya bersama Ayu Raudhah mengutuhkan lagi perasaan hasad dengki orang sekeliling. walaubagaimanapun, bagi aku, keluarga, kawan-kawan, rakan-rakanku yang menyokong pasukan bola sepak negara, kami percaya bahawa Zaquan itu lurus dan bukannya bengkok seperti yang diuar-uarkan. kepada mereka yang menyebarkan fitnah itu, henti-hentikanlah. carilah pekerjaan lain yang lebih bermanfaat dan berfaedah daripada menjaja fitnah, mengisi neraka. BERTAUBATLAH !!!


P/S: kita tidak boleh tutup mulut orang lain daripada terus berkata-kata menabur fitnah kepada kita. tetapi, apa yang boleh kita lakukan ialah hanya menutup mulut kita daripada mengumpat, mengejek, menfitnah mahupun mengata soal kehidupan orang lain. menjaga tepi kain orang biarlah hanya terbatas kepada soal-soal luar daripada peribadi. hiraukan tohmahan, kuatkan iman, teruskan kehidupan !!!


MALAYSIA BOLEH !!!

yang benar,   

zamanismail    

No comments:

Post a Comment