Search This Blog

Tuesday, December 22, 2009

kenangan



 Di saat aku memerhati  dan mengamati setiap gerak-geri, perilaku serta gelagat pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini, teringat aku akan kenangan manis ketika aku seusia mereka. Kenangan manis yang tidak akan dapat kulupakan. Yang pasti kenangan ini tidak akan mudah diambil, diragut mahupun dirampas daripada aku. Namun, kenangan ini hanyalah tinggal kenangan yang telah dilakar menjadi sejarah. Kemanisan kenangan itu menjemput  perasaan sebak bertandang ke sanubariku. Berkecamuk hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku mula terfikir akan apa bolehkah aku memutar kembali masa agar dapatku capai kembali kenangan manis itu?? Huh, namun itu hanyalah angan-angan mat jenin yang tidak akan pernah berlaku. Masih aku ingat malam terakhir kami bersama, perasaan duka, hiba, sedih bercampur-baur di lubuk hatiku ini. Betapa susahnya aku untuk menerima pemergian mereka... namun, itulah kehidupan. Ada kalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih. Perpisahan inilah yang telah memberi gambaran jelas kepadaku tentang rupa ‘kehidupan’ yang sebenar. Setiap hari aku hanya berselindung disebalik topeng keriangan , namun hakikatnya hati ini telah layu kehilangan cinta menerusi air mata. Air mata yang berlinangan itu, sarat 1001 kenangan.

Yang benar,    
zamanismail

1 comment: